Mahkamah tolak permohonan pengundi DUN Skudai cabar tindakan SPR halang mengundi

Mahkamah tolak permohonan pengundi DUN Skudai cabar tindakan SPR halang mengundi

Mahkamah tolak permohonan pengundi DUN Skudai cabar tindakan SPR halang mengundi
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemilih berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, hari ini, gagal dalam permohonan bagi mencabar tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghalangnya daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac lalu.

Peguam New Sin Yew, yang mewakili R K Tamileswaaran, ketika dihubungi BERNAMA, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan semakan kehakiman anak guamnya tanpa perintah berkaitan kos.

Pada 22 Jun lalu, Tamileswaaran memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap SPR dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden.



Menerusi permohonan difailkan pada 8 Jun lalu, Tamileswaaran memohon mahkamah membatalkan keputusan atau tindakan SPR yang menghalangnya daripada mengundi pada 12 Mac atas alasan beliau masih dalam tempoh kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 pada 7 Mac.

Turut dimohon ialah deklarasi bahawa SPR bertindak secara salah di sisi undang-undang dalam menafikan hak Tamileswaaran untuk mengundi selain deklarasi bahawa SPR mencabuli hak beliau di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Tamileswaaran telah diarah menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif COVID-19 dan pada hari pengundian, beliau sudah enam hari dikuarantin.



Pada 11.58 pagi hari pengundian, Tamileswaaran mendakwa telah menjalani ujian saringan kendiri di rumah dan keputusan menunjukkan bahawa beliau negatif COVID-19.– BERNAMA

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

Mahkamah tolak permohonan pengundi DUN Skudai cabar tindakan SPR halang mengundi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button