Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan

Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan

Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan

PETALING JAYA: Wanita sarat mengandung terselamat manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan di Jalan Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Kajang, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kemalangan itu pada pukul 7.02 pagi.



Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati dua kereta bertembung iaitu sebuah kereta Honda City dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang sedang sarat mengandung dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

“Mangsa wanita tidak mengalami kecederaan manakala mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN



Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading