Operation Fortune: Ruse de guerre Bakal Pecah Panggung Bermula 16 Mac Ini

Filem yang dinanti-nantikan iaitu Operation Fortune: Ruse de guerre bakal pecah panggung dan menemui penonton di Malaysia bermula 16 Mac 2023.

Operation Fortune: Ruse de guerre merupakan filem arahan Guy Ritchie dan ditulis oleh Ritchie, Ivan Atkinson dan Marn Davies. Lebih menarik, filem hebat ini menampilkan barisan pelakon yang sangat berbakat iaitu Jason Statham, Aubrey Plaza, Josh Hartnett, Cary Elwes, Bugzy Malone dan Hugh Grant. Kemunculan mereka pasti akan memberikan impak yang sangat besar dalam filem Operation Fortune: Ruse de guerre.

Filem bergenre aksi dan komedi ini mengisahkan tentang perisik elit Orson Fortune lakonan Jason Statham, berusaha menjejaki dan menghentikan penjualan teknologi senjata baharu yang mengancam serta mengganggu keselamatan dunia yang digunakan oleh broker senjata iaitu jutawan Greg Simmonds.



Orson Fortune dan pasukan operasinya kemudian merekrut salah seorang bintang filem terbesar Hollywood iaitu Danny Francesco, untuk misi penyamaran bagi membantu mereka dalam misi menyelamatkan dunia.

Mampukah pasukan perisik ini menghentikan penggunaan senjata berbahaya tersebut? Jadi, jom kita saksikan Operation Fortune: Ruse de guerre di pawagam berhampiran bermula 16 Mac 2023 ini.

Trailer

 



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button