GV8 TEMUI PENONTON 21 NOVEMBER DEPAN

GV8 TEMUI PENONTON 21 NOVEMBER DEPAN – INI SENARAI PESERTA MEWAKILI TIGA NEGARA

Setelah sekian lama, akhirnya program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza kembali menemui penonton dengan musim terbaharu iaitu musim kelapan dengan menampilkan 13 peserta mewakili tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Dengan tag line Bintang Kembali Menyengat, GV8 bakal menyaksikan enam penyanyi solo lelaki iaitu Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).



Manakala, peserta wanita terdiri daripada penyanyi Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini turut dimeriahkan dengan penampilan Saiful Apek & Yassin dan Nico sebagai peserta berkumpulan yang bakal memberi saingan kepada peserta lain.

Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di The Summit 1, Bangsar South City, pada Selasa.



“Persaingan 13 bintang dari tiga negara serumpun antara tarikan utama GV8 pada kali ini. Selain itu kami juga melantik tiga juri tetap yang memiliki reputasi luar biasa dan cukup disegani.

“Ketiga-tiga mereka akan turut ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap minggu yang menjadikan proses penjurian musim ini lebih sukar dan mencabar,” ujar Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Konsert GV8 akan bersiaran setiap Ahad, selama 10 minggu bermula 21 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) pada Ahad, 9 malam.

Bagi hos pula, ia masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad. Manakala Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap di samping Datuk Ramli MS dan Ibu Hetty.



GV8 TEMUI PENONTON 21 NOVEMBER DEPAN – INI SENARAI PESERTA MEWAKILI TIGA NEGARA



Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook kami




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button