Pemain bola sepak meninggal dunia ketika beraksi

LONDON: Pemain bola sepak Crowland Town FC dari England, Michael Palmer, 23, meninggal dunia ketika beraksi untuk pasukannya Sabtu lalu.

Dia tiba-tiba pitam di atas padang dan dikejarkan ke hospital, namun gagal diselamatkan.

“Seperti yang anda semua sedia maklum, Crowland Town FC kehilangan salah seorang ahli keluarga kami semalam ketika bermain sukan yang dicintainya.



“Pemain kami Michael Palmer pitam ketika permainan dan tidak berjaya diselamatkan.

“Dia seorang yang baik hati, peminat setia Manchester United dan sentiasa memberikan yang terbaik. Kelab dan komuniti bola sepak tempatan pasti akan merasai kehilangannya,” kata kelab itu.

“Dia seorang yang baik hati, peminat setia Manchester United dan sentiasa memberikan yang terbaik. Kelab dan komuniti bola sepak tempatan pasti akan merasai kehilangannya,” kata kelab itu.



Kejadian itu berlaku ketika Crowland Town FC bertemu Leverington FC dalam saingan liga bola sepak daerah Peterborough.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button