Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang

Kerana 'Sedekah', Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang

Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang

Sebagai umat Islam, kita semua tahu bahawa sedekah merupakan satu ibadah yang sangat dituntut di dalam syarak.

Firman Allah SWT:

وَاَنْفِقُوْا مِنْ مَّا رَزَقْنٰكُمْ مِّنْ قَبْلِ اَنْ يَّأْتِيَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُوْلَ رَبِّ لَوْلَآ اَخَّرْتَنِيْٓ اِلٰٓى اَجَلٍ قَرِيْبٍۚ فَاَصَّدَّقَ وَاَكُنْ مِّنَ الصّٰلِحِيْنَ

Mafhumnya:

Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali):

“Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh”.

Surah Al Munafiqun : 10

Begitulah kemuliaan sedekah sehingga ianya disebut secara khusus oleh Allah SWT di dalam Al Quran.

Dan sudah menjadi peraturan kehidupan manusia sebagaimana yang Allah SWT tetapkan, sekiranya melakukan amalan yang baik, maka ganjaran akan Allah SWT berikan.

Sama ada ganjaran di dunia, atau pun di akhirat, atau pun di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW pula bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Mafhumnya:

“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah”.

“Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya”.

(HR Muslim 2588)

Kesimpulannya, orang yang bersedekah pasti akan mendapat barakah dalam kehidupan mereka.

Tetapi ironiknya, ‘sedekah’ yang dilakukan oleh Hadi Awang ketika kempen PRU 15 telah memberikan kesan yang berbeza daripada apa yang Allah SWT dan RasulNya janjikan.

‘Sedekah’ Hadi Awang Bakal Membawa Padah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki membuat kenyataan bahawa seramai 90 orang pengundi yang menerima ‘sedekah’ Hadi Awang sudah diambil keterangan.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/02/sprm-siasat-sedekah-ketika-pru15-jejaki-90-pengundi/

Sekiranya sabit kesalahan, mengikut akta Fasal 10 (a) Akta Kesalahan SPR 1954, maka Hadi Awang akan kehilangan kerusi parlimen Marang.

Menurut Fasal 31 (1) akta yang sama, pemilihan calon pilihanraya akan terbatal sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah Fasal 10 (a) Akta Kesalahan SPR 1954.

Baca di sini:

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Lihat Mukasurat 30 & 51)

Nampaknya ‘sedekah’ yang dilakukan oleh Hadi Awang bukannya membawa barakah tetapi bakal membawa padah.

 

Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker