Pasport 6 negara paling berkuasa tahun 2024

Pasport 6 negara paling berkuasa tahun 2024
Pasport Jepun dan Singapura mendominasi kedudukan teratas sejak lima tahun lalu. – Getty

Oleh – Syeikh Baran


 

Enam negara terikat di kedudukan teratas dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia pada suku awal 2024, lapor saluran berita CNN. 

Rakyat Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Singapura dan Sepanyol boleh memanfaatkan akses tanpa visa atau dengan visa ke 194 destinasi di seluruh dunia.

Bilangan destinasi boleh dikunjungi rakyat enam negara itu adalah paling tinggi pernah direkodkan sejak Indeks Pasport Henley mula menjejaki kebebasan perjalanan global 19 tahun lalu.

Indeks itu disediakan sebuah firma penasihat kewarganegaraan global dan kediaman, Henley & Partners menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Jepun dan Singapura mendominasi kedudukan teratas sejak lima tahun lalu, namun senarai lima teratas pada 2023 menunjukkan kejayaan bagi negara-negara Eropah.

Finland, Belanda, Sweden dan Korea Selatan terikat di tempat kedua dengan rakyat negara itu boleh melakukan perjalanan ke 193 destinasi. 

Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula terikat di kedudukan ke-12 dengan rakyatnya boleh mengunjungi 183 destinasi. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker