Pemandu drift negara mampu bersaing

KUALA LUMPUR: Pemandu Malaysia, Lee Mun Hoong berjaya menaiki podium apabila berada di kedudukan ketiga saingan pusingan kedua D1 Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Lumba APDCrew di Serdang, malam tadi.

Dia berada di belakang pemandu Thailand, Konpichit Toyingcharoen yang muncul juara manakala Emmanuel Amandio dari Indonesia mengakhiri saingan di kedudukan kedua.

Pencapaian Mun Hoong, malam tadi membolehkan dia dinobat sebagai juara pusingan kedua Siri Drift Kebangsaan Malaysia (NDS) yang dijalankan serentak sebagai pemandu terbaik Malaysia manakala Tengku Djan Ley dan Jason Lim masing-masing di tempat kedua dan ketiga.



Kelmarin, Jason yang menamatkan aksi pusingan pertama D1 GP Malaysia di tempat ketiga muncul juara pusingan pertama NDS mengatasi Fazreen Ismail yang berada di kedudukan kedua manakala Sherwin Chew ketiga.

Presiden Kelab Sukan Bermotor Exquisite, Muhammad Zaiham Hamdan, berkata pencapaian yang dilakar barisan pemandu negara pada perlumbaan kali ini membuktikan Malaysia tidak ketandusan bakat-bakat berkualiti yang mampu memberi persaingan kepada pemandu dari luar negara.

“17 tahun lalu tidak ramai pembabitan pemandu dari luar negara berbanding kali ini.



“Kalau kita tengok apabila ada pemandu negara di kedudukan podium dalam kedua-dua pusingan D1 GP Malaysia kali ini membuktikan yang mana pemandu kita tidak boleh dipandang rendah kerana memiliki bakat yang mampu bersaing di peringkat dunia.

“Cuma, kita perlukan lebih banyak pendedahan dan sokongan kewangan untuk lebih maju ke hadapan berbanding pemandu dari negara lain,” kata Zaiham.

D1 GP Malaysia dan NDS turut berjalan serentak dengan pusingan keempat dan kelima D1 GP Asia Tenggara yang menjadi dua pusingan terakhir bagi penentuan juara keseluruhan di rantau ini.

Pemandu Jepun, Masato Kawabata dinobatkan juara keseluruhan apabila mengumpul 65 mata diikuti Lattapon Keawchin dari Thailand dengan 51 mata manakala Amandio ketiga (39 mata).



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading