United bakal dijual pada harga rekod dunia

MANCHESTER: Manchester United bakal dijual pada harga rekod dunia – jika Glazers menerima salah satu bidaan yang dikemukakan untuk pasukan itu.

Pegawai yakin tawaran lebih daripada RM22.3 bilion akan dikemukakan menjelang tarikh akhir pada Rabu ini sekali gus mengatasi rekod pembelian kelab liga bola sepak Amerika Syarikat (NFL), Denver Broncos sebanyak RM20.8 bilion tahun lalu.

Ketika ini, sekurang-kurangnya dua pihak sudah membida iaitu Qatar dan Sir Jim Ratcliffe dengan bidaan mereka dijangka melebihi RM22.3 bilion.



Difahamkan, tawaran awal mencecah RM20.3 bilion.

Mereka yang terbabit percaya satu lagi pusingan bidaan akan dilakukan sebelum pemilik baharu dipilih dan kemudiannya rundingan akan dilangsungkan.

Salah seorang pembida, Sheikh Jassim Hamad al Thani mahukan keseluruhan saham United dan berjanji melunaskan semua hutang pasukan.

Ratcliffe pula mahukan 69 peratus saham yang ketika ini dipegang keluarga Glazer dan akan turut disertai beberapa pihak lain yang berminat.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button