Wigan culas bayar gaji kali ke-4

MANCHESTER: Wigan ditolak tiga mata selepas didapati gagal membayar gaji pemain dan kakitangan mereka buat kali keempat.

Kelab Liga Kejuaraan itu sedang berjuang untuk mengelak penyingkiran namun berdepan isu luar padang membabitkan kewangan mereka.

Liga Bolasepak England (EFL) mengesahkan the Latics berdepan penalti selepas sekali lagi terbabit dengan isu pembayaran gaji.



Penolakan tiga mata itu menyaksikan Wigan kini berada di dasar Liga Kejuaraan dengan 31 mata, lapan mata daripada zon selamat.

Kenyataan EFL memaklumkan ‘Wigan Athletic ditolak tiga mata serta merta bagi musim 2022/23 selepas pasukan gagal membayar gaji bagi Mac 2023.’

“Secara berasingan, dakwaan baharu akan dikeluarkan kepada pasukan susulan perkembangan terbaharu mengenai isu pembayaran gaji dan gagal memenuhi keputusan yang sudah dipersetujui.

“Pemilik pasukan juga akan dikenakan hukuman dan ia akan dirujuk kepada Suruhanjaya Disiplin Bebas,” tambah kenyataan itu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button