Terus kemampanan industri sawit negara

Terus kemampanan industri sawit negara

Terus kemampanan industri sawit negara
Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi

PELANTIKAN Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu diharap akan membawa perubahan yang lebih baik dalam tadbir urus dan amalan industri pertanian negara, terutama berkaitan dengan kemampanan industri kelapa sawit.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, beliau melihat Johari sebagai individu berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya terhadap urusan pentadbiran negara.

“Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi beliau termasuk isu seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kekurangan tenaga buruh, peningkatan kos, hasil pekebun kecil yang rendah dan masalah penanaman semula yang lambat,” katanya.



Ahmad Parveez berkata, isu pekebun kecil perlu ditangani menteri baharu kerana kelompok terbabit bergerak secara individu dengan kapasiti terhad.

“Dengan pengalaman Datuk Seri Johari dalam sektor korporat, beliau mungkin dapat membantu kami memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan pekebun kecil supaya mereka dapat mencapai tahap ekonomi yang lebih optimum,” katanya.

Beliau juga berkata, industri sawit menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ketidakcukupan pekerja tempatan.

“Oleh itu, kami berharap beliau dapat membantu kami dalam usaha mengguna pakai teknologi seperti Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (Marcop) yang memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).



Terus kemampanan industri sawit negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button