Bawa perubahan ekonomi negara

Bawa perubahan ekonomi negara

Bawa perubahan ekonomi negara
KESAN terhadap polisi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup apabila rakyat hendak lihat sama ada harga barangan akan menurun antara yang boleh diperhatikan pada jangka masa pertengahan. – BERNAMA

BARISAN Kabinet baharu yang dibentuk di bawah Kerajaan Perpaduan dilihat mempunyai cabaran besar bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, sekali gus memulihkan ekonomi negara.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, sudah pasti rakyat akan memberi tumpuan untuk melihat perubahan yang dibawa barisan Kabinet baharu ini terutama dalam mengawal kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

Menurutnya, bagaimanapun pelantikan menteri baharu untuk menerajui beberapa kementerian itu juga dilihat menjadikan Kabinet semakin kukuh kerana Perdana Menteri ‘membawa masuk pemimpin yang matang dan berpengalaman’.



“Kita tidak boleh melihat kesan rombakan Kabinet ini serta-merta terhadap ekonomi negara kerana ia membabitkan jangka pendek, pertengahan dan panjang.

“Bagi jangka pendek tiga perkara yang boleh diperhatikan iaitu pasaran saham, kadar tukaran mata wang asing dan kemasukan pelaburan asing di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?




“Manakala jangka pertengahan, kita akan melihat kesan terhadap polisi kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat apabila rakyat hendak lihat adakah harga barangan akan menurun (tumpuan kepada harga makanan).

“Seterusnya, untuk jangka panjang pula, kita hendak melihat adakah kadar pendapatan purata pekerja meningkat dan matlamat kerajaan hendak mencapai peratusan pendapatan buruh 45 peratus menjelang 2025 tercapai.

“Mungkin ini patut dilaporkan oleh jabatan statistik secara bulanan atau suku tahunan untuk mengukur kejayaan kerajaan,” katanya kepada Bisnes Metro.

Di samping itu, ditanya mengenai, pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai Menteri Kewangan II, Barjoyai berkata, ia akan memberi perubahan positif kepada ekonomi.



“Sudah pasti beliau dibawa masuk dengan satu misi khusus kerana kerajaan dalam proses menstruktur semula syarikat pemilikan kerajaan (GLC) untuk dijadikan lebih cekap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan


“Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang kewangan serta pelaburan, banyak peranan akan dibawa sebagai Menteri Kewangan II bagi melakukan aktiviti selain daripada belanjawan dan kewangan awam yang masih terus dipegang oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya.



Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, rombakan Kabinet ini menunjukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cakna mengenai keperluan untuk mengekalkan fleksibeliti dalam menerajui pentadbiran negara yang begitu dinamik.

“Pemilihan tokoh teknokrat bagi mengepalai Kementerian Kewangan juga dilihat bahawa pentadbiran sedia ada ini serius dalam membawa reformasi ekonomi.

“Selain itu, pelantikan CEO KWSP sebagai Menteri Kewangan seharusnya membantu jentera kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi ekonomi terutama dalam mentadbir sumber kewangan kerajaan yang dilihat terhad.

“Malah, pengalaman beliau dalam bidang kewangan dan pelaburan seharusnya dapat menambah nilai kepada dasar yang bakal dilaksanakan kerana beliau begitu memahami impak reformasi ekonomi kepada sentimen pasaran kewangan,” katanya dalam satu kenyataan.



Bawa perubahan ekonomi negara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading