NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?

NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ
Thilaga Sulatireh Pengasas Bersama Justice For Sisters

NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?

Kewujudan Non Government Organisation (NGO) adalah untuk membantu kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ada di antara NGO diberikan dana oleh kerajaan dengan menggunakan duit pembayar cukai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Oleh itu, apa juga bentuk serta matlamat NGO tersebut didaftarkan, ianya mestilah tertakluk kepada perlembagaan negara.

Menganggotai NGO tidak boleh dijadikan sebagai lesen untuk memperjuangkan atau melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan undang-undang negara.



Tetapi kenyataan yang dibuat oleh Thilaga Sulatireh, pengasas bersama NGO Justice For Sisters (JFS) sangat mengecewakan.

Beliau mengecam tindakan penguatkuasa di Ipoh yang menahan 5 orang pondan dan menganggap ianya sebagai tidak berperikemanusiaan.

“Nama operasi itu amat biadab, merendahkan dan mencerminkan prasangka dan salah faham yang mendalam mengenai identiti gender”.

“Golongan transgender sepatutnya tidak didakwa, dihalang atau dikenakan hukuman dengan merujuk kepada banyak bukti saintifik mengenai seksualiti mereka”.



“Apabila negara bukan sahaja menyasarkan tetapi cuba ‘membendung’ kumpulan berdasarkan identiti mereka, itu menjadi punca kebimbangan yang serius,” dakwa beliau.

Apa sebenarnya yang beliau mahu buktikan?

Apakah ada kata ganti nama yang lain untuk digunakan bagi golongan pondan?

Apa yang sensitif sangat dengan perkataan pondan?



Bukankah ianya adalah perkataan yang diiktirf oleh Dewan Bahasa & Pustaka?

Mengapa pula golongan pondan tidak boleh dihalang atau dikenakan hukuman atas aktiviti seks luar tabie mereka?

Bukankah Seksyen 377 Kanun Keseksaan adalah hukuman yang disabitkan kesalahan bagi pelaku seks luar tabie?

Adakah NGO Justice For Sisters adalah pejuang tegar bagi golongan LGBTQ yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia.



Sekiranya benar, maka jika perlu Justice For Sisters diharamkan, maka perlu segera diharamkan.

NGO Justice For Sisters Penyokong Tegar LGBTQ?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button