Operator jentera maut tak sempat bercuti di kampung

Operator jentera maut tak sempat bercuti di kampung

Operator jentera maut tak sempat bercuti di kampung
Proton Wira dipandu Fadhullah Suhaimi Jaafar rosak teruk dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Lipis-Benta di Lipis, tengah malam tadi. – ini. – Foto Polis

LIPIS: Seorang pengendali jentera yang dalam perjalanan dari ibu negara ke kampungnya di Kechau, dekat sini sempenan cuti Tahun Baharu Cina, maut dalam nahas tidak sampai setengah jam sebelum tiba di rumah, tengah malam tadi.

Lelaki berkenaan, Fadhullah Suhaimi Jaafar, 45, memandu Proton Wira berseorangan dalam kejadian di Kilometer 7 Jalan Lipis-Benta, di sini, pada jam 12.08 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati setiba di tempat kejadian yang juga kawasan Op Selamat, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terus melanggar tiang pondok menunggu bas di tepi kiri jalan menghala Kuala Lipis.



“Mangsa datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kampung Melaka, Kechau, dekat sini yang terletak kira-kira 32 kilometer dari tempat kejadian. Dia yang bekerja sebagai operator jentera disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian,” katanya, hari ini.

Katanya, Proton Wira dipandu mangsa rosak teruk pada bahagian kanan dalam nahas di laluan berselekoh dan basah selepas hujan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

 



Operator jentera maut tak sempat bercuti di kampung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading