Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah

Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah

Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah

Dalam temubual antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, dengan akhbar Singapura baginda telah memberi gambaran apa yang akan baginda lakukan sebagai YDP Agong.

Untuk rekod, Sultan Ibrahim akan ditabalkan sebagai YDP Agong ke 17 pada 31 Januari 2024 apabila YDP Agong ke 16 tamat tempoh perkhidmatan baginda.

Ada beberapa mesej yang jelas dan agak keras telah diberikan oleh Sultan Ibrahim dalam temubual tersebut.



Pertama, baginda menyatakan bahawa keutamaan baginda adalah kepada 33 juta rakyat Malaysia dan bukannya kepada 222 ahli parlimen.

Kedua, baginda memberikan iltizam untuk memburu semua penjenayah rasuah dari pelbagai peringkat.

Dan yang ketiga, baginda mahu supaya SPRM dan Petronas diletakkan terus di bawah institusi YDP Agong dan bukannya kerajaan.

Kesemua 33 juta rakyat Malaysia menymbut baik iltizam yang diberikan oleh Sultan Ibrahim kecuali seorang.



Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir.

Dalam ciapan beliau melalui akaun X, bertajuk Menjadi Raja, Dr Mahathir dengan jelas menyatakan keresahan beliau.

Dr Mahathir menyatakan, saranan yang dibuat oleh Sultan Johor itu bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan.

Dr Mahathir membayangkan, sekiranya hasrat Sultan Johor itu menjadi kenyataan, prinsip pengasingan kuasa yang selama ini diamalkan akan dicabuli.



Beliau juga berkata, perkara itu tidak boleh dilaksanakan hanya kerana mahu akur kepada kehendak istana, tetapi mesti dipinda perlembagaan melalui parlimen.

Penulis ada beberapa soalan untuk Dr Mahathir.

Sebelum beliau bercakap mengenai prinsip pengasingan kuasa, apakah semasa beliau berkuasa, beliau benar-benar menghormati prinsip pengasingan kuasa?

Tidak ada masalah untuk parlimen meminda perlembagaan sekiranya ia memberi kebaikan kepada semua pihak.



Bukankah kerajaan sekarang sudah mempunyai lebih 2/3 sokongan ahli parlimen.

Yang tidak boleh dipinda atau diubah ialah hukum yang Allah SWT tetapkan.

Nasihat penulis kepada Dr Mahathir, sebaiknya, tukar bateri jantung beliau seberapa segera, kerana beliau amat memerlukan bateri baru mulai tahun hadapan.

Titah Sultan Johor Buat Mahathir Gelisah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button