Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim

Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim

Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim

Sama ada sebelum atau selepas menjadi perdana menteri, Anwar Ibrahim sering menyatakan iltizam beliau untuk meminimakan ketirisan dan pembaziran dana negara.

Contoh yang sering beliau berikan adalah kejayaan beliau membentangkan perbelanjaan berimbang ketika menjadi Menteri Kewangan di era Dr Mahathir.

Malah, ketika menjadi pembangkang, Anwar begitu lantang mengkritik pentadbiran DS Najib yang beliau dakwa terlalu boros dalam membelanjakan dana kerajaan.



Cuba kita lihat, adakah Anwar mengotakan janji beliau atau walk the talk atau beliau hanya talk tapi tak walk…😜😜😜

Jumlah Kementerian Di Era DS Najib

Secara perbandingan, di era DS Najib, kabinet mempunyai 25 kementerian:

  1. Jabatan Perdana Menteri
  2. Kementerian Kewangan
  3. Kementerian Dalam Negeri
  4. Kementerian Pengangkutan
  5. Kementerian Kesihatan
  6. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  7. Kementerian Pertahanan
  8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  9. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  10. Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi
  11. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
  12. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  13. Kementerian Luar Negeri
  14. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  15. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  16. Kementerian Kerja Raya
  17. Kementerian Sumber Manusia
  18. Kementerian Wilayah Persekutuan
  19. Kementerian Pendidikan Tinggi
  20. Kementerian Belia dan Sukan
  21. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  22. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  23. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  24. Kementerian Pendidikan
  25. Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Jumlah Kementerian Di Era Anwar Ibrahim

Manakala selepas rombakan kabinet yang baru diumumkan, pentadbiran Kerajaan Perpaduan mempunyai 28 kementerian:

  1. Jabatan Perdana Menteri
  2. Kementerian Kewangan
  3. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
  4. Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
  5. Kementerian Pengangkutan
  6. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  7. Kementerian Ekonomi
  8. Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Kementerian Kerja Raya
  11. Kementerian Dalam Negeri
  12. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  13. Kementerian Pertahanan
  14. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  15. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  16. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
  17. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  18. Kementerian Pendidikan Tinggi
  19. Kementerian Pelancoongan, Seni dan Budaya
  20. Kementerian Komunikasi
  21. Kementerian Pendidikan
  22. Kementerian Perpaduan
  23. Kementerian Belia dan Sukan
  24. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  25. Kementerian Perladangan dan Komoditi
  26. Kementerian Kesihatan
  27. Kementerian Digital
  28. Kementerian Sumber Manusia

Pertambahan 3 potfolio sudah pasti akan menambah perbelanjaan kerajaan.



Menurut ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, gaji seorang menteri tidak kurang dari RM50,000 sebulan.

Ini tidak termasuk tuntutan-tuntutan lain yang layak dituntut oleh seorang menteri.

Kalau benar apa yang didakwa Syed Saddiq, maka penambahan 3 kementerian, paling minima akan menambah perbelanjaan RM150,000 sebulan.

Itu hanya untuk emolumen menteri sahaja, tidak termasuk emolumen timbalan menteri dan gaji pegawai kementerian yang lain.



Dan setiap kementerian sudah pasti ada pejabat kementerian di setiap negeri.

Dan setiap pejabat kementerian sudah pasti ada perabut, peralatan pejabat, papan tanda dan pelbagai kemudahan lain.

Persoalannya, adakah penambahan potfolio sememangnya satu keperluan mendesak atau sekadar lantikan politik untuk menjaga hati parti komponen Kerajaan Perpaduan?

Jimat Cermat Cara Anwar Ibrahim

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button