PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DITAHAN SPRM

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang Penolong Pegawai Pendidikan di sebuah daerah di Sabah, selepas didapati menerima wang rasuah berjumlah RM5,000, semalam.

Penolong pegawai pendidikan terbabit dipercayai menerima wang berkenaan daripada seorang kontraktor bagi melantiknya untuk menjalankan kerja penyelenggaraan dan baik pulih bangunan yang dianggarkan bernilai RM200,000.

Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun terbabit ditahan pegawai SPRM jam 10 malam, sejurus menerima wang rasuah berkenaan.



Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

“Suspek bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini,” katanya.

HMETRO



Penolong jurutera mengaku tidak bersalah terima rasuah, palsu dokumen


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading