Maut rempuh trak tunda di lorong kecemasan
Maut rempuh trak tunda di lorong kecemasan
SEREMBAN: Lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang dikatakan merempuh sebuah trak tunda yang sedang menunda sebuah lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer (Km) 265.9 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), berhampiran susur keluar ke Bandar Ainsdale, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 33 tahun, maut di lokasi kejadian kerana parah pada kepala.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah trak tunda jenis Isuzu dikendalikan seorang lelaki berumur 42 tahun dalam proses menunda sebuah lori yang rosak di dalam lorong kecemasan di lokasi kejadian.
“Kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki dipercayai dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Bandar Baru Bangi, Selangor, seorang diri dari arah belakang.
“Mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam lorong kecemasan dan melanggar bahagian bucu belakang kanan trak berkenaan,” katanya, hari ini
Nanda berkata, akibat kemalangan, mangsa cedera parah di bahagian kaki kanan, muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Maut rempuh trak tunda di lorong kecemasan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19