Kemalangan maut: MPV hilang kawalan

Kota Tinggi: Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam dalam kemalangan maut di KM58.4 Lebuhraya Senai–Desaru, semalam hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kereta, menyebabkan dua wanita meninggal.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian 2.50 petang itu, MPV dinaiki mangsa masing-masing berusia 73 dan 36 tahun dalam perjalanan ke Desaru sebelum tiba-tiba hilang kawalan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa yang maut adalah penumpang MPV dan ketika kejadian mereka bersama empat lagi individu bergerak menghala ke Desaru.

“Tiba di tempat kejadian, MPV disyaki hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.



“Lima lagi yang parah mahu pun cedera ringan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker