Ustaz Shamsuri Ahmad Kongsi 20 Amalan Bulan Puasa
Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan semua umat Islam pasti tidak melepaskan peluang melakukan amalan bulan puasa untuk mengumpul pahala.
Allah SWT telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Jadi, berikut kami kongsikan 20 amalan bulan puasa yang digalakkan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad.
AMALAN BULAN PUASA YANG DIGALAKKAN UNTUK KUMPUL PAHALA
1. Bangun sahur.
2. Tahajud 2 rakaat dulu sebelum makan sahur.
3. Masuk waktu subuh, qabliyah subuh (lebih baik dari dunia dan isinya)
4. Solat subuh berjemaah.
5. Lepas subuh, baca al-Quran 4 muka surat.
6. Masuk dhuha, solat dhuha 2 rakaat.
7. Solat qabliyah zohor.
8. Solat zohor berjemaah.
9. Solat ba’diah zohor 4 rakaat.
10. Lepas ba’diah zohor baca al-Quran 4 muka surat.
11. Sebelum asar, qabliyah asar 2.
12. Solat asar berjemaah.
13. Lepas asar, baca 4 hingga 8 muka surat.
14. Buka puasa pada waktunya.
15. Solat maghrib berjemaah.
16. Ba’diah maghrib 2 rakaat.
17. Solat isyak berjemaah.
18. Ba’diah isyak 2 rakaat.
19. Solat terawih.
20. Lepas terawih, baca al-Quran 4 muka surat.
Perlu diingatkan agar sentiasa menjaga perkara perkara yang mengurangkan pahala dan amalkan sedekah setiap hari walaupun RM1 asalkan konsisten.
Jangan biarkan hari berlalu tanpa infaq. Mudah-mudahan bulan Ramadan kali ini ada beza dengan sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua saudara seislam.
Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan