View Chin Kembali Ke ‘Office’, siap tayang tempat kejadian

Sejak minggu lalu, nama pempengaruh View Chin menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia didakwa menjalinkan hubungan dengan pekerjanya sendiri yang dikenali sebagai Amira Aqilah.

Perkara tersebut mula diperkatakan susulan tindakan isteri View Chin iaitu Sharmine Ah-Moi membuat pendedahan di laman Facebook miliknya.

Susulan kes berkenaan juga, View Chin mendedahkan perniagaan miliknya turut terjejas dan banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga selain dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya.



Malah, premis dan kakitangannya turut tidak terlepas daripada terkena tempias kes yang tular itu.

Kembali ke office, #tangga

Terbaharu, View Chin dilihat sudah kembali ke premis perniagaannya selepas berkongsi sepotong video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya, baru-baru ini.

Rasa lama tak balik office.



Menerusi video itu juga, dia dilihat sedang berjalan menaiki tangga di dalam premis tersebut sambil menggunakan tanda pagar #tangga.

Terdahulu, Shermine memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra View Chin di WhatsApp bersama Amira yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.

Antara bukti yang didedahkan termasuk mereka didakwa sering bertemu di salah sebuah tangga di dalam premis perniagaan.

Sumber: Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button