Gadis Meraung Kesakitan Dibuli Hampir Empat Jam

Tiga remaja perempuan berusia 12, 13 dan 14 tahun, telah didakwa atas dakwaan serangan kejam terhadap seorang gadis ketika menginap di Queensland, Australia.

Dipercayai berlaku selama empat jam

Menerusi laporan 7 News, seorang gadis berusia 13 tahun menjadi mangsa buli apabila videonya dirakam semasa diserang, diejek dan dipotong dengan pisau dalam tempoh beberapa jam.

Berikutan daripada itu, ketiga-tiga pembuli telah didakwa atas kesalahan melakukan serangan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian badan mangsa, menggunakan senjata tajam dan banyak lagi.

Di samping itu, remaja berusia 14 tahun itu direman dalam tahanan dan akan dihadapkan ke mahkamah semula pada bulan April nanti. Manakala, kanak-kanak perempuan berusia 13 dan 12 tahun itu akan hadir semula di Mahkamah Kanak-kanak Maroochydore pada akhir bulan Mac.



Menerusi video viral di Twitter, kejadian itu dipercayai berlaku selama empat jam. Salah seorang gadis telah menampar mangsa dan menjerit ke arahnya manakala, seorang lagi gadis sedang memegang pisau. Rakaman video viral tersebut sangat jelas dan mangsa sempat merayu agar dilepaskan. Lebih kejam, seorang lagi suspek telah menumbuk mangsa tanpa belas kasihan di bahagian muka.

Sumber: 7 News

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker