Ibu bawa anak ke balai polis kerana enggan ke sekolah

Kuala Lumpur: Seorang wanita membawa anaknya ke sebuah balai polis dipercayai di sebuah daerah di Sarawak, kononnya untuk ditahan polis, berikutan keengganan kanak-kanak berkenaan untuk ke sekolah.

Bukan itu saja malah anggota polis di balai berkenaan turut ‘berlakon’ seolah-olah mahu menahan kanak-kanak berkenaan jika terus enggan ke sekolah.

Semalam, tular rakaman video berdurasi dua minit yang dimuat naik pengguna platform Tiktok, ‘abellascentzhq’, yang memperlihatkan kanak-kanak yang memakai baju pra-sekolah ditanya oleh anggota polis di balai berkenaan.



Kanak-kanak itu pula hanya menggelengkan kepala apabila disoal adakah dia mahu dibawa masuk ke dalam balai polis berkenaan.

Ibu kepada kanak-kanak itu turut menyatakan, jika dia terus enggan ke sekolah, dia akan ditangkap.

Netizen terhibur dengan gelagat ibu serta anggota polis berkenaan yang turut bekerjasama memberi dorongan kepada kanak-kanak berkenaan untuk ke sekolah.

Video berkenaan mendapat 957,000 tontonan dengan lebih 2,000 pengguna meninggalkan komen.



Ia turut dikongsi lebih 7,000 pengguna di platform berkenaan.

 

 



 

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button