Polis tahan 3 lelaki bersama 105kg daun ketum

Polis tahan 3 lelaki bersama 105kg daun ketum

Polis tahan 3 lelaki bersama 105kg daun ketum

BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 105 kilogram daun ketum ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah itu serta menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun yang menjadikan bahagian belakang rumah berkenaan sebagai tempat memproses air ketum.

“Selain 105 kilogram daun ketum, polis turut merampas ratusan bungkusan air ketum yang siap diproses iaitu 1,545 liter, peralatan memasak, tong gas dan pelbagai lagi yang semuanya bernilai RM16,500,” kata kenyataan itu, hari ini.

Katanya, kegiatan itu dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan tiga penganggur itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan wanita warga emas berumur 61 tahun kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ sindiket penipuan, dalam serbuan di Perak, Khamis lalu.

Siasatan awal mendapati mereka terbabit dengan sindiket dalam urusan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan, selain menyamar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta polis.

“Jumlah kerugian dialami mangsa ialah RM8,010 hingga RM19,200.

“Mereka kini direman empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan,” katanya. -– BERNAMA

Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

Polis tahan 3 lelaki bersama 105kg daun ketum

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker