Lelaki tersepit 20 minit, kereta sangkut paip air utama

Lelaki tersepit 20 minit, kereta sangkut paip air utama

Lelaki tersepit 20 minit, kereta sangkut paip air utama
Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang parah pada kepala selepas tersepit dalam keretanya yang terbabit kemalangan di Jalan Sungai Sembilang, malam tadi. – Foto NSTP/Ihsan Bomba

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki tersepit kira-kira 20 minit selepas kereta dipandunya terbabas dan tersangkut pada paip air utama di Jalan Sungai Sembilang, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.59 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.



“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dipandu mangsa berusia 22 tahun yang dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Selangor.

“Kenderaan itu dipercayai terbabas arah bertentangan dan tersangkut pada paip utama selepas melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggota bertugas turut mendapati lelaki itu tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa parah pada kepala dan mengalami kehilangan banyak darah.



“Anggota bomba mengambil masa 10 minit mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Lelaki tersepit 20 minit, kereta sangkut paip air utama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading