Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN

Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN

Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN

Secara tiba-tiba, ahli parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain, mengumumkan menyokong kerajaan.

Tetapi dalam masa yang sama, beliau menyatakan tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional dan akan terus setia bersama Perikatan Nasional.

Agak pelik keputusan dan kenyataan dari Iskandar.



Beliau menyokong kerajaan, tetapi tetap berada di blok pembangkang bersama-sama ahli parlimen yang lain di blok pembangkang.

Kenyataan Iskandar  serta merta mendapat respon dari pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin, dengan pantas mendakwa kononnya beberapa hari sebelum Iskandar membuat keputusan, beliau telah ditemui oleh pegawai SPRM.

Dakwa Hamzah lagi, kononnya Iskandar telah diugut oleh pegawai SPRM tersebut dan memaksa beliau untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan.



Sekiranya enggan, maka Iskandar akan didakwa dengan beberapa pendakwaan berkaitan salah guna kuasa dan rasuah.

Kenyataan Hamzah sebenarnya jauh lebih pelik dari keputusan yang dibuat oleh Iskandar.

Pertama, tidak ada sebab mengapa pihak kerajaan mahu menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada Iskandar.

Kerajaan Perpaduan mempunyai majoriti yang cukup selesa di dalam Dewan Rakyat.



Tanpa sokongan dari Iskandar, Kerajaan Perpaduan masih lagi kukuh dengan memiliki sokongan 147 ahli Dewan Rakyat.

Kedua, penggal ke 15 parlimen merupakan kali pertama Iskandar menjadi ahli parlimen.

Sebelum ini beliau tidak memegang sebarang jawatan menteri atau timbalan menteri atau pengerusi GLC.

Beliau juga hanyalah ahli politik di peringkat akar umbi yang tidak dikenali.



Malah, sekiranya beliau tidak mengumumkan sokongan kepada kerajaan, tidak ramai yang mengenali beliau.

Tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan sebelum ini, mana mungkin beliau boleh diberi tekanan dengan pendakwaan kes salah guna kuasa?

Ketiga, perdana menteri sendiri sudah meminta supaya ahli parlimen pembangkang datang berbincang sekiranya mahukan peruntukan dari kerajaan.

Jadi, alasan Iskandar memberikan sokongan kerana mahukan peruntukan untuk parlimen Kuala Kangsar, sebenarnya tidak timbul.



Apa yang penulis lihat, sebenarnya isu sokongan ini sengaja ditimbulkan untuk menjadi peluru Perikatan Nasional memburukkan kerajaan.

Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading