Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?

Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?

Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?

Terlebih dahulu penulis ingin membuat pengakuan bahawa penulis bukanlah anti perjuangan rakyat Palestine yang sudah berdekad mempertahankan tanah air mereka.

Jauh sekali penulis adalah penyokong Israel yang dikuasai oleh Zionis laknatullah.

Sekiranya apa yang dikupas oleh penulis menimbulkan kemarahan banyak pihak, penulis minta maaf.



Tetapi penulis terpanggil untuk mengupas isu serangan terbaru HAMAS ke atas Israel kerana sedih melihat ribuan anak kecil, wanita dan orang tua Palestine terbunuh.

Cuba kita renung dan fikirkan secara jujur tanpa emosi.

Adakah serangan mengejut HAMAS yang disebut sebagai Badai Al Aqsa memberikan implikasi yang positif atau lebih menguntungkan Zionis laknatullah.

Untuk mengupas isu tersebut, kita mesti faham perbezaan antara Israel, Yahudi dan Zionis.



Israel adalah negara haram yang tidak diiktiraf kewujudannya oleh kebanyakan negara Islam, termasuk Malaysia.

Manakala Yahudi pula adalah bangsa yang disebut di dalam Al Quran sebagai Bani Israel.

Zionis pula adalah kelompok ahli politik dan penyokong mereka yang berbangsa Yahudi dan membina negara haram yang dipanggil Israel.

Dalam artikata lain, Zionis adalah berbangsa Yahudi yang menduduki negara haram Israel.



Tetapi bangsa Yahudi bukanlah Zionis dan tidak semestinya mereka duduk di dalam negara haram Israel.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Malah, Yahudi ortodoks sendiri mengecam tindakan keganasan dan kezaliman Zionis terhadap rakyat Palestine.



Apa Implikasi Serangan HAMAS Terhadap Israel?

HAMAS melancarkan serangan mengejut yang dipanggil sebagai Badai Al Aqsa ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Dalam serangan tersebut, HAMAS telah melancarkan kira-kira 5,000 roket ke arah Israel.

Mereka berjaya mara hingga 40 kilometer ke dalam kawasan yang sebelum ini dimiliki rakyat Palestine tetapi telah dirampas oleh Israel.

Persoalannya, apakah matlamat dari strategi ketenteraan serangan tersebut?



Sekiranya matlamat serangan adalah untuk mengambil kembali tanah yang dirampas, adakah HAMAS mampu mempertahankannya apabila Israel bertindakbalas?

Apa gunanya mengambil kembali tanah yang dirampas, tetapi terpaksa berundur semula kerana tidak dapat mempertahankannya?

Dari sudut persenjataan, terbukti tentera Israel mempunyai kelengkapan persenjataan yang jauh lebih canggih dan lengkap berbanding HAMAS.

Dari sudut bilangan tentera terlatih dan simpanan, bilangan tentera Israel jauh lebih ramai berbanding HAMAS.



Sepatutnya HAMAS perlu melakukan serangan selepas berunding dan mencapai persetujuan dengan seteru Israel yang lain.

Antara negara Arab yang mempunyai bilangan tentera melebihi 1 juta orang dengan persenjataan yang canggih adalah Iran dan Arab Saudi.

Sekiranya Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk melakukan serangan bersepadu, Zionis mampu ditundukkan dalam serangan mengejut kali pertama.

Cuma dengan semangat Peperangan Ramadhan pada tahun 1973, tidak cukup untuk menundukkan Zionis yang zalim.

Apa lagi sekutu rapat Zionis seperti Amerika memberikan sokongan padu kepada mereka.

Akibat dari serangan yang tiada perancangan yang jelas, harganya terpaksa dibayar oleh ribuan penduduk Palestine di Semenanjung Gaza.

Kini PBB sudah mengeluarkan amaran ancaman krisis kemanusian ke atas 2 juta penduduk Semenanjung Gaza yang sudah dikepung oleh regim Zionis.

Sudah lebih seminggu bekalan makanan, ubat, petrol, air bersih dan elektrik disekat oleh Zionis yang berhati haiwan.

Manakala akibat tiada persetujuan, sekutu HAMAS seperti Hizbullah dilihat masih teragak-agak untuk membantu HAMAS.

Manakala negara Arab yang lain pula dilihat berpendirian berbelah bagi dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Apa Kesudahan Serangan HAMAS?

Apakah kesudahan serangan HAMAS terhadap Israel?

Kita hanya mampu berdoa semuga Allah SWT segera memberikan bantuan kepada penduduk Palestine yang menjadi mangsa.

Benarlah peringatan yang telah diberikan oleh Saidina Ali karamallah hu wajha:

الحق بلا نظام يغلبه الباطل بالنظام

Mafhumnya:

“Kebenaran yang tidak tersusun, akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun”.

 

Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading