Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?

Malaysia sepatutnya terima USD$9.6 bilion dari Goldman Sachs sebagai penyelesaian untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dicuri.

Tetapi di era Dr Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua, peguam negara ketika itu, Tommy Thomas, hanya meminta USD1.5 bilion sahaja.



Manakala di era Muhyiddin Yasin, peguam negara ketika itu, Idrus Harun, melalui lembaga pengarah 1MDB, Siti Zainab, yang juga saudara Rosli Dahlan, hanya menuntut USD3.9 bilion.

Rosli Dahlan diberikan kuasa penuh untuk berunding dengan Goldman Sachs, Ambank, IPIC dan beberapa syarikat lain mengenai penyelesaian aset 1MDB yang bernilai lebih RM20 bilion.

Dari rundingan ini, Rosli dikatakan menerima RM500 juta sebagai yuran peguam dan jururunding.

Ada dakwaan mengatakan sebahagian besar dari RM500 juta tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun PPBM dan proksi parti tersebut.



Benarkah begitu?

Siapa Rosli Dahlan Dan Apa Kaitan Beliau Dengan Muhyiddin?

 

Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?

Siapa pula Rosli Dahlan dan apakah kaitan beliau dengan Muhyiddin Yasin, presiden PPBM?



Rosli Dahlan adalah peguam peribadi Muhyiddin Yasin sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri, Rosli Dahlan telah dilantik sebagai jururunding untuk mendapatkan semula aset 1MDB.

Pelantikan beliau telah disokong oleh Siti Zainab yang merupakan ahli lembaga pengarah 1MDB dan juga Peguamcara Negara 2 ketika itu.

Sebagaimana yang dituliskan di atas, Siti Zainab juga dikatakan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Rosli Dahlan.



Siti Zainab bertanggungjawab membuat saman sivil ke atas DS Najib.

Manakala Rosli pula dikatakan telah dibayar berbelas juta ringgit selepas beliau dilantik sebagai peguam 1MDB.

Antara tugas utama Rosli adalah untuk membuat saman sivil terhadap DS Najib dalam kes 1MDB untuk tuntut USD681 juta atau RM2.6 bilion.

Penulis difahamkan duit tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun DS Najib dan dipulangkan semula kepada pengirim 4 bulan selepas dimasukkan.



Ianya dikatakan sebagai salah satu konspirasi untuk terus mengekalkan DS Najib di dalam penjara.

Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi kerana SPRM sedang menyiasat Rosli Dahlan.

Apa yang penulis yakin, apabila tiba masanya Allah SWT hendak kebenaran dinyatakan, maka semua kebatilan akan terbongkar.

Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button