Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?

Seluruh negara dikejutkan dengan pendedahan SPRM mengenai kegiatan penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta di Kedah.

Syarikat tersebut mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira 7 tahun lalu.



Kontrak tersebut bertujuan untuk pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan kontrak itu, syarikat berkenaan membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek beberapa tahun lalu.

Pengarah syarikat itu berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun.

Namun pembekalan itu tidak dibuat.



Syarikat terbabit juga dikatakan sudah menerima jumlah kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi.

Suspek juga dikatakan sudah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan perkara dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dalam satu serbuan yang lain, sebuah kilang beras di Kedah telah disita oleh pihak berkuasa.



Pasukan petugas khas Ops BPT mengambil tindakan tersebut selepas kilang terbabit disyaki menyorok beras putih tempatan (BPT) seberat 180 tan.

Beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau BPT itu ditemukan di dalam kampit jumbo.

“Mengesyaki kilang itu telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang ini”.

“Hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000,” jelas Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.



Sanusi Tidak Tahu Atau Pura Pura Tidak Tahu?

Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?

Kedua-dua pembongkaran mengenai kartel beras berlaku di negeri Kedah dan salah satu dari kes tersebut melibatkan syarikat kerajaan negeri Kedah.

Persoalannya, apakah Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah tidak tahu atau tidak sedar berlaku penyelewengan yang bernilai puluhan juta ringgit di syarikat milik kerajaan negeri?

Bukan menuduh, tetapi apakah mungkin Sanusi terlibat dalam kegiatan tersebut.



Siasatan secara menyeluruh mesti dilakukan dan siapa sahaja yang terlibat, tidak kira pemimpin dari parti mana sekali pun, mesti diheret ke mahkamah.

Bersa adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan tindakan tamak segelintir pihak telah menjejaskan bekalan makanan ruji kepada rakyat Malaysia.

Tanpa memilih bulu, mereka yang terbukti terlibat, mesti dihukum dengan hukuman yang paling maksima!!!

Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button