Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?

Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?

Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?

Isu kezaliman regim Yahudi terhadap penduduk Palestine sudah berlarutan selama berdekad-dekad.

Peperangan terbaru antara Hamas dan Israel dengan pantas mendapat respon dari seluruh dunia.

Briged Al-Qassam, yang mengisytiharkan serangan tersebut sebagai Operasi Badai Al-Aqsa telah melancarkan 5,000 roket ke Israel.

Briged Al-Qassam dilaporkan berjaya mara sehingga 40 kilometer ke dalam penempatan haram Yahudi.



Ianya telah menyebabkan kira-kira 187,500 orang yang menduduki secara haram di kawasan tersebut kehilangan tempat tinggal.

Ada yang berpendapat dari sudut taktikal, serangan mengejut yang dilakukan bukanlah satu strategi yang bijak.

Menurut mereka, mana mungkin Briged Al-Qassam mampu mengalahkan tentera Israel yang dilengkapi dengan pelbagai persenjataan canggih.

Hamas sepatutnya berbincang dengan beberapa negara jiran supaya serangan bersepadu dapat dilakukan dari pelbagai sudut.



Sama seperti yang dilakukan oleh Mesir dan Syria dalam perang Yom Kippur 50 tahun yang lalu.

Namun dari satu sudut, kita mesti memahami mengapa Hamas bertindak sedemikian selepas berdekad-dekad di zalimi oleh regim Zionis.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Namun apa yang mahu penulis bincangkan di sini adalah sikap Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkenaan isu serangan tersebut.

Di dalam Dewan Rakyat, ketika Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid, mengusulkan supaya isu tersebut dibahaskan, Takiyuddin bangun membantah.

Kononnya menurut Takiyuddin, ianya tidak mematuhi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun, atas ketegasan YDP Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, beliau menggunakan kuasa beliau untuk membenarkan isu tersebut dibahaskan.



Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin Islam dari parti yang mendakwa memperjuangkan Islam boleh bersikap demikian?

Isu tidak mematuhi peraturan mesyuarat Dewan Rakyat tidak timbul sebagaimana yang dijelaskan oleh Ramli Mohd Nor.

Penulis pelik, mengapa Takiyuddin sengaja mencipta alasan yang tidak wujud untuk menghalang isu tersebut dari dibahaskan?

Apa yang cuba beliau buktikan?



Cukup-cukuplah berpolitik dan bersandiwara.

Janganlah nyawa umat Islam pun hendak dipolitikkan dengan sandiwara politik yang sangat-sangat memualkan.

 

Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading