Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

Sebelum PRU 14, kesemua kawasan Felda di seluruh negara merupakan ‘fixed deposit’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Sumbangan pengundi Felda untuk memastikan UMNO/BN dapat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum tidak boleh dipandang remeh.

Kawasan Felda di seluruh negara mempunyai 54 kawasan parlimen.



Ini bermakna, sebelum PRU 14, setiap kali UMNO/BN masuk ke pilihanraya umum, mereka sudah hampir pasti mempunyai 24.3% kerusi parlimen di Dewan Rakyat.

Namun keputusan PRU 14 menyaksikan UMNO hanya memenangi 76 kerusi parlimen.

Keadaan menjadi semakin parah dalam PRU 15, di mana UMNO hanya memenangi 26 kerusi parlimen.

Keputusan PRK Pelangai pula adalah petanda yang cukup jelas bahawa UMNO sudah semakin ditolak oleh pengundi Felda yang lebih 90% darinya adalah pengundi Melayu.



Dalam PRK Pelangai, PH/BN tewas di 2 dari 3 kawasan Felda yang ada di Pelangai.

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

Pemimpin UMNO boleh membuat kesimpulan mudah dengan tuduhan peneroka Felda tidak mengenang jasa Allahyarham Tun Razak yang mewujudkan Felda.

Tetapi persoalannya, mengapa mereka memilih untuk mengundi Perikatan Nasional yang langsung tidak ada jasa kepada peneroka Felda?

UMNO juga boleh mengatakan pengundi di Felda menolak UMNO kerana hasutan dan fitnah yang dilakukan oleh Perikatan Nasional.



Benar, tetapi apakah yang telah pemimpin UMNO lakukan untuk menangkis hasutan dan fitnah Perikatan Nasional?

Perkara ini bukan baru semalam berlaku tetapi ianya sudah berlaku sejak sebelum PRU 14 lagi.

Dari pengalaman penulis bersama golongan peneroka Felda, penulis dapati ada isu yang sudah terlalu lama diabaikan oleh pemimpin UMNO.

Keluarga peneroka Felda kini sudah memasuki generasi ketiga.



Sebenarnya generasi pertama peneroka Felda masih lagi sayang dan memberikan sokongan kepada UMNO.

Tetapi generasi kedua dan ketiga keluarga peneroka Felda yang telah menolak UMNO.

Apa puncanya?

Ketika menjadi kerajaan, pemimpin UMNO pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah penempatan generasi kedua keluarga peneroka Felda.



Tetapi hingga keluarga peneroka telah berkembang kepada generasi ketiga, masalah tersebut masih lagi tidak diselesaikan.

Adakah Masalah Penempatan Merupakan Masalah Besar?

Adakah masalah penempatan generasi kedua dan ketiga keluarga peneroka merupakan masalah besar hingga menjejaskan sokongan mereka kepada UMNO?

Bagi kita yang tidak berada di tempat mereka, mungkin kita akan mengatakan ianya masalah remeh yang terpencil.

Kita mesti memahami, hubungan kekeluargaan masyarakat Felda adalah sangat rapat.



Mungkin bagi masyarakat bandar yang berasal dari kampung tidak mempunyai masalah sekiranya tidak balik bercuti untuk bersama keluarga.

Tetapi tidak kepada masyarakat Felda, balik bercuti terutamanya di hari perayaan sudah menjadi kewajiban kepada mereka.

Persoalannya, tanpa pembangunan yang menyediakan hotel yang berdekatan, di manakah anak cucu peneroka Felda bersama keluarga mereka akan menginap?

Keadaan yang lebih menyedihkan dapat kita lihat sekiranya anak cucu peneroka Felda tinggal serumah dengan generasi pertama peneroka.

Bayangkan dalam rumah yang sempit, mereka sentiasa berhimpit dan hanya mampu berharap UMNO dapat menunaikan janji mereka.

Keadaan ini juga adalah antara faktor yang menyumbang kepada jenayah sumbang mahram dan jenayah yang lain.

Kini, Pengerusi Felda adalah Shabery Chik yang juga merupakan pemimpin UMNO.

Tindakan mesti diambil segera untuk menyelesaikan masalah penempatan generasi kedua dan ketiga Felda.

Ingat, generasi pertama hanya mewakili 2 orang pengundi dari keluarga masyarakat Felda.

Tetapi jumlah pengundi generasi kedua dan ketiga masyarakat Felda boleh mencecah kepada belasan orang pengundi.

Sekiranya isu ini dibiarkan, apabila generasi pertama sudah tiada, maka UMNO akan kehilangan sokongan secara total dari masyarakat Felda.

 

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button