Mahathir Cetuskan Perang Dingin Antara PAS Kelantan & Terengganu

Mahathir Cetuskan Perang Dingin Antara PAS Kelantan & Terengganu

Mahathir Cetuskan Perang Dingin Antara PAS Kelantan & Terengganu

Dr Mahathir sememangnya sudah dikenali sebagai Bapa Perpecahan negara.

Tidak kira walau di mana beliau berada atau parti politik mana yang beliau sertai, sejarah sudah membuktikan, perpecahan pasti akan berlaku.

Waktu beliau bersama UMNO, berlaku perpecahan dalaman UMNO beberapa kali angkara dari Dr Mahathir.



3 perpecahan yang paling besar yang pernah dilakukan oleh Dr Mahathir ketika dalam UMNO adalah ketika krisis bersama Tengku Razaleigh, Anwar Ibrahim dan DS Najib.

Kemudian beliau tubuhkan pula parti PPBM.

Nasib yang sama menimpa PPBM apabila berlaku krisis antara beliau dan Muhyiddin Yasin.

Keluar dari PPBM, beliau tubuhkan pula parti Pejuang.



Berlaku lagi perpecahan apabila berlaku pertembungan pendapat antara kem beliau dengan kem Mukhriz, anak beliau sendiri.

Selepas itu Dr Mahathir tubuhkan pula Gerakan Tanah Air dan beliau menyertai parti Perkasa.

Namun sekali lagi berlaku perpecahan apabila tercetus krisis antara beliau dan Ibrahim Ali.

Kini Dr Mahathir mula berjinak-jinak dengan Perikatan Nasional melalui PAS.



Bibit awal perpecahan di dalam Perikatan Nasional sudah mula timbul akibat hubungan yang tidak baik antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Sikap PAS yang membelakangi PPBM pula telah semakin memburukkan keadaan.

Khabar angin bertiup kencang membawa berita Dr Mahathir dikatakan akan bertanding di dalam PRK parlimen Langkawi.

Ahli parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah dikatakan sudah dipujuk dan didesak oleh kepimpinan PAS supaya mengosongkan kerusi tersbut.



Perkara ini telah menimbulkan kemarahan pemimpin PPBM kerana sekarang ianya dimiliki oleh PPBM.

Pemimpin PPBM dikatakan bertegas untuk tidak akan membenarkan Dr Mahathir bertanding atas tiket PPBM sekiranya Suhaimi berundur.

Tetapi PAS pula sudah memberi jaminan kepada Dr Mahathir untuk membenarkan beliau bertanding atas tiket PAS sekiranya PPBM enggan.]

Perang Dingin PAS Kelantan & PAS Terengganu

PRK Pelangai telah menyaksikan kerjasama politik antara PH/BN telah sekali lagi membuahkan hasil selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram.

PH/BN berjaya mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh UMNO dengan majoriti 2,949 undi.



Tetapi ada cerita di sebalik PRK Pelangai yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.

Sepanjang tempoh berkempen din PRK Pelangai, tidak kelihatan pemimpin PAS Terengganu turun membantu calon Perikatan Nasional.

Kalau pun ada hanya Hadi Awang dan Dr Samsuri, itu pun hanya sekali sahaja.

Yang banyak membantu dalam kempen DUN Pelangai hanyalah pemimpin PAS dari Kelantan.



Dalam ‘grand finale’ Perikatan Nasional, tidak kelihatan kelibat mereka.

Ianya berbeza dengan beberapa siri PRK sebelum ini, di mana pemimpin PAS di seluruh negara berganding bahu.

Mengapa ini berlaku?

Pemimpin PAS Terengganu dilapurkan kecil hati dan marah dengan sikap Dr Mahathir yang ibarat lebih sudu dari kuah.

Dr Mahathir dikatakan lebih menumpukan perhatian kepada negeri Kelantan, sedangkan beliau adalah penasihat kepada 4 negeri di bawah PAS.

Persoalan yang mereka kemukakan adalah, mengapa Dr Mahathir hanya memberikan tumpuan kepada Kelantan?

Adakah kerana Dr Mahathir masih lagi berdendam dengan presiden PAS, Hadi Awang?

Kesungguhan dan keikhlasan Dr Mahathir juga turut dipersoalkan oleh pemimpin PAS Kedah dan Perlis.

Penulis tidak pasti sama ada ianya sengaja dilakukan oleh Dr Mahathir untuk memecah-belah PAS atau ianya dilakukan tanpa sedar.

Tetapi yang penulis pasti adalah, di mana Dr Mahathir berada, di situ pasti akan berlaku perpecahan.

Mahathir Cetuskan Perang Dingin Antara PAS Kelantan & Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button