Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil

Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil

Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil

Apabila mendapat peluang yang disangka sebagai bola tanggung dari presiden UMNO, DS Zahid, Isham Jalil secara serta merta mengambil kesempatan.

Tetapi beliau sebenarnya tidak sedar, peluang yang disangka bola tanggung itu sebenarnya adalah perangkap yang akan memakan diri sendiri.

Itulah bezanya antara pemimpin berpengalaman dalam politik dengan budak hingusan yang baru merangkak dalam dunia politik.



Benar, DS Zahid dilihat seakan mencabar Isham untuk berdebat secara terbuka, kerana selama ini Isham bertindak sebagai penakut dengan bersikap baling batu sembunyi tangan.

Apa maksud DS Zahid sebenarnya?

Isham adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan UMNO.

Di peringkat awal pembentukan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, Isham masih lagi Ketua Penerangan UMNO.



Menurut Lokman Adam, sebelum keputusan muktamad diambil, Isham yang ketika itu adalah Ketua Penerangan UMNO bersetuju dengan kerjasama yang dicadangkan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO, di mana Isham sendiri menyatakan persetujuan.

Namun, selepas jawatan Ketua Penerangan UMNO diberikan kepasa Azalina, Isham mula membuat onar.

Mungkin kerana marah atau kecil hati dengan keputusan yang dibuat oleh DS Zahid sebagai presiden UMNO.



Isham mula menyerang parti sendiri dan institusi presiden UMNO dengan cuba menggambarkan DS Zahid sebagai seorang presiden diktator.

Sedangkan dalam masa yang sama, apabila dipanggil untuk mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, Isham tidak hadir.

Alasan Isham untuk berdebat adalah kononnya untuk membuktikan bahawa akar umbi UMNO menolak kerjasama dengan DAP.

Kononnya untuk menentukan halatuju parti UMNO dalam dunia politik.



Persoalannya, adakah Isham mempunyai kredibiliti untuk menentukan halatuju parti.

Benar, dibawah kepimpinan DS Zahid, UMNO mendapat pencapaian terburuk pilihanraya umum dalam sejarah UMNO.

Tetapi realitinya, faktor pencapaian terburuk itu banyak disumbangkan oleh pemimpin seperti Isham Jalil.

Tetapi, DS Zahid sendiri tidak pernah kalah dalam mana-mana pilihanraya atau pemilihan parti.



Bagi Isham pula, berapa banyak pilihanraya yang beliau menang?

 

Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button