Berapa kekayaan sebenar Tun Daim?
Sebaik sahaja Tun Daim dipanggil mengadap Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia bagi menjawab isu wang di senarai Pandora , maka ramai rakyat mula berbual berkenaan kekayaan Tun Daim.
Bagi generasi TikTok yang baru mengundi pada PRU15 yang lalu mungkin mereka tidak mengetahui atau mengenali siapa itu Tun Daim.
Jika tahu pun mungkin sekadar baru mendengar nama nya apabila berita berkenaan beliau dipanggil ke pejabat SPRM
Apa yang menarik berkenaan Tun Daim ada lah hal kekayaan beliau.
Namun lebih pelik adalah walaupun diangap paling kaya , namun nama nya langsung tidak tersenarai dalam nama nama orang terkaya Malaysia.
Bagaimana kah beliau dapat mengelak dari tersenarai orang paling kaya seperti Syed Mokhtar AlBukhary atau Tan Sri Azman Hashim?
Bnyak laporan luar negara menyiarkan berita berkenaan kekayaan Tun Daim dan bank bank yang beliau kuasai diatas nama proksi.
Bahkan ada juga yang menyatakan beliau berkongsi kekayaan Bersama Tun Mahathir.
Ada juga yang menyatakan kekayaan terkumpul Tun Daim dalam sekitar RM200 bilion.
Namun , itu tidak dapat disahkan secara rasmi kerana kebanyakan perniagaan atau syarikat dan bank bank beliau dlietak atas nama wakil atau proksi.
Apa pun rakyat Malaysia masih bertanya tanya berapa kah nilai atau networth kekayaan sebenar yang dimiliki oleh Tun Daim.