Lima lagi lebuh raya laksana sistem pembayaran terbuka

KUALA LUMPUR: Lima lagi lebuh raya bakal laksana sistem pembayaran terbuka tol, yang akan dimulakan pada pertengahan September ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia menjadikan 10 lebuh raya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka itu bagi kemudahan pengguna.

Sebelum ini, Nanta berkata kerajaan memulakan sistem pembayaran tol terbuka di lima lebuh raya di seluruh negara terlebih dahulu, bagi memastikan sistem itu dapat berfungsi dengan baik sebelum diperluaskan ke lebuh raya lain.

Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.

Beliau berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini.

Beliau dilaporkan berkata, beberapa lagi syarikat konsesi juga menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan untuk turut serta dalam sistem pembayaran itu, namun usaha itu tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan pembangunan perancangan terlebih dahulu.

Katanya, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit selewat-lewatnya September ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker