Peniaga bazar Ramadan terdesak naikkan harga

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga bazar Ramadan terdesak naikkan harga
Suasana di bazar Ramadan Seberang Jaya, semalam

Peniaga bazar Ramadan di negeri ini dikatakan tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga juadah berbuka puasa susulan peningkatan kos bahan mentah yang semakin ketara, ketika ini.

Tinjauan Kosmo! di bazar Ramadan Seberang Jaya, di sini mendapati kebanyakan harga makanan terutamanya kuih-muih dinaikkan sedikit iaitu 70 sen sebiji berbanding 60 sen tahun lalu manakala martabak turut mengalami peningkatan daripada RM5 kepada RM5.50.

Bagi kebanyakan peniaga aneka kuih di bazar Ramadan sebelah pulau, mereka dilihat lebih memilih menjual set juadah pemanis mulut di dalam pek atau bekas lutsinar pada harga RM3 hingga RM5 sebekas.

Bagi penjual martabak popular, Rosli Ishak,55, atau dikenali sebagai Martabak Abang Sado berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan susulan harga bawang yang semakin meningkat.

Rosli yang telah mengusahakan perniagaan itu sejak 20 tahun lalu berkata, bahan utama iaitu bawang India sukar diperoleh menyebabkan dia terpaksa menggantikannya dengan bawang Holland.

“Harga terpaksa dinaikkan bagi menjamin kualiti dan rasa martabak yang dijual. Saya amat menitikberatkan kepuasan pelanggan dan untuk pastikan ia kekal sedap, harga pun terpaksa dinaikkan supaya bahan-bahan yang digunakan tidak ada yang terkurang.

“Kira-kira 570 biji martabak habis dijual bermula 3 sehingga 4.30 petang semalam (kelmarin),” katanya ketika pemberita di sini.

Dalam pada itu katanya, daripada 570 biji yang dijual pada hari pertama Ramadan, hanya 200 dapat dibeli pelanggan yang beratur di gerainya manakala selebihnya sudah ditempah lebih awal oleh pelanggan tetap.

Sementara itu, seorang pengun bazar Ramadan di George Town, Azlita Nordin, 43, berkata, dia sudah menjangkakan berlaku kenaikan harga juadah berbuka puasa yang dijual di bazar Ramadan kali ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker