Indonesia dilucutkan hak anjur Piala Dunia B-20

Lausanne: Fifa mengumumkan bahawa badan induk itu melucutkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) pada tahun ini di tengah-tengah pergolakan politik mengenai penyertaan Israel.

Keputusan itu dibuat ‘disebabkan keadaan semasa’, kata Fifa dalam satu kenyataan tanpa menyatakan butiran lebih lanjut.

“Tuan rumah baharu akan diumumkan secepat mungkin, dengan tarikh kejohanan pada masa ini kekal tidak berubah,” katanya.



Undian untuk kejohanan membabitkan 24 pasukan itu akan bermula pada 20 Mei dijadualkan berlangsung di Bali, tetapi Fifa membatalkan acara itu minggu lalu tanpa memberikan sebab atau menetapkan tarikh baharu.

Indonesia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi, dan sokongan terhadap perjuangan Palestin di negara dengan majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia itu mencetuskan penentangan rakyat tempatan untuk menerima kehadiran pasukan Israel.

Selain gabenor Bali menggesa Israel disingkirkan daripada kejohanan itu, kira-kira 100 penunjuk perasaan Islam konservatif berarak di ibu kota Jakarta bulan ini untuk membantah penyertaan negara itu.

Pegawai Indonesia awal minggu ini berkata kegagalan menjadi tuan rumah kejohanan itu boleh mengakibatkan sekatan yang akan menyebabkan mereka tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak antarabangsa lain termasuk kelayakan untuk Piala Dunia dan Piala Asia.



Kegagalan menjadi tuan rumah untuk kejohanan itu juga boleh mengakibatkan kerugian ekonomi bertrilion rupiah.

Fifa menambah bahawa potensi sekatan terhadap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) ‘mungkin juga diputuskan kemudian’.

“Saya sudah mencuba yang terbaik. Selepas menyampaikan surat daripada (Indonesia) Presiden Jokowi, dan bercakap panjang lebar dengan Presiden Fifa, Gianni Infantino, kami mesti menerima keputusan Fifa untuk membatalkan penganjuran kejohanan yang kami nantikan.

“Indonesia adalah ahli Fifa, jadi untuk urusan bola sepak antarabangsa, kami mesti mengikut peraturan yang sudah ditetapkan. Fifa menganggap situasi sekarang tidak boleh diteruskan, kami mesti akur,” kata Erick Thohir, ketua FA Indonesia, selepas rundingan di Doha.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading