Kegagalan bebaskan Najib hanya melemahkan kerajaan PH

Oleh Adam Malik

Keputusan kes semakan terhadap Najib Razak sudah pun diketahui.

Bagai diandai oleh banyak pihak  dari awal, pasti sukar untuk Najib bebas atas sebab “ego” pihak tertentu walaupun rakyat sudah lihat terlalu banyak kelemahan pada kes.



Jika mahkamah konon nya lebih fasih dalam hal undang undang pun tidak juga, kerana rakyat melihat benda asas seperti melindungi seorang hakim yang ada isu rasuah dengan alasan taraf sampah seperti perlu ada ‘adab’ dan ‘protokol’ sedangkan isu bukan sebab itu tetapi sebab “hakim ada melakukan rasuah”.

Maka, apabila keputusan dibuat bahawa Najib kekal bersalah dan mahkamah istiyar tidak buat khilaf, biar lah mahkamah syok sendiri.

Namun , hak rakyat untuk ada pandangan berlawanan tidak boleh dinafikan.

Dari sudut politik pula, dijangka kerajaan Perikatan Nasional akan dapat kesan dan merasa impak dari keputusan penghakiman semakan ini.



Keputusan ini petanda kerajaan masih tidak dapat mengatasi kehendak Mahathir.

Selain itu pendapat bahawa Mahathir masih menguasai dibelakang tabir  akan menjadi bualan rakyat.

Atas sebab ini tentu lah ramai pihak akan menyebelahi Mahathir dan bukan menyebelahi Anwar walaupun menjadi Perdana Menteri.

Kesan keputusan ini akan membuat kerajaan PN berada didalam kedudukan ‘disadvantage’.



Hanya Najib sahaja salah seorang yang Mahathir sukar ‘counter’ dan sukar berbalas hujah berfakta.

Bukan sahaja Mahathir, bakan cai cai Mahathir seperti Kadir Jassin dan yang lain lain juga

Selain itu, keputusn ini akan membuat Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai tiada pengaruh didalam kerjaan PN.

Lebih teruk lagi jika di andaikan oleh ahli UMNO Presiden UMNO turut setuju Najib terus dipenjarakan.



Bagaimana PN akan hadapi PRN Enam negeri dengan Najib Masih didalam penjara?

Walau jawaban akan diberi “kami tidak masuk campur dalam urusan mahkamah “ diberi , tetapi keyakinan mereka yang masih menyokong Najib sudah pun tiris.

Walau terlalu awal untuk menyatakan , namun , Pasti ramai ahli UMNO akan membuat pendirian tertentu berdasarkan keputusan kes semakan Najib ini, dan ia nya pendirian yang tidak baik untuk parti UMNO khas nya dan PN umum nya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button