“Sedih yang teramat” – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,  Dr. Akmal Saleh menyifatkan keputusan mahkamah hari ini pada perbicaraan Dato Sri Najib Razak sebagai berita sedih yg teramat.

“Sedih yang teramat.  Tetapi kami akur dengan keputusan yang telah dikeluarkan.” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini,



Hari ini, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.

Dalam keputusan majoriti 4-1 pagi tadi, panel membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button