Tanpa Najib UMNO Melemah Di Bawah Zahid

Tanpa Najib UMNO Melemah Di Bawah Zahid

Tanpa Najib UMNO Melemah Di Bawah Zahid

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, adakah ini bermaksud DS Najib sekali lagi telah ‘dijual’ oleh orang yang beliau percayai?

Sebelum itu, kita imbas kembali sejarah perhubungan antara DS Najib dan Dr Mahathir.



Ketika Dr Mahathir memerlukan DS Najib untuk mengangkat Mukhriz, Dr Mahathir menyatakan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada DS Najib.

Namun begitu, apabila Mukhriz gagal mendapatkan tempat dalam salah satu dari 3 kerusi Naib Presiden UMNO, Dr Mahathir menarik sokongan terhadap DS Najib.

Malah Dr Mahathir mengisytiharkan perang dengan DS Najib dengan meninggalkan UMNO dan menubuhkan PPBM serta bersekutu dengan Pakatan Harapan.

Akhirnya DS Najib dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 dan Dr Mahathir mendapat kuasa sebagai perdana menteri.



Selepas itu, DS Najib dizalimi dengan dikenakan pelbagai tuduhan terpilih yang bermotifkan politik.

Semuanya itu kerana kemarahan dan dendam Dr Mahathir terhadap DS Najib.

Tetapi kini apa yang berlaku?

Walau pun Dr Mahathir berjaya berkuasa semula selama 22 bulan, tetapi beliau ditolak oleh rakyat bila rakyat menyedari kezaliman dan penganiayaan yang beliau lakukan terhadap DS Najib.



Adakah DS Zahid Juga Menggunakan DS Najib Untuk Survivor Politik Beliau?

 

Selepas tewas dalam PRU 14, DS Najib mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan semua jawatan beliau dalam politik.

Maka peralihan kuasa berlaku kepada DS Zahid untuk menerajui UMNO.

Pada peringkat awal, kepimpinan DS Zahid ditolak oleh akar umbi UMNO hingga memaksa beliau bercuti sementara.



Tetapi apabila menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada DS Zahid, akar umbi UMNO mula menerima kepimpinan DS Zahid.

Pengaruh DS Najib ke atas akar umbi UMNO, malah rakyat, tidak dapat dinafikan.

Ini terbukti dengan 6 siri kemenangan di pilihanraya kecil dan 2 pilihanraya negeri.

Dalam pilihanraya kecil, dalam keadaan UMNO menjadi pembangkang, BN masih mampu menang bergaya.



Tidak dapat dinafikan kemenangan ini adalah disebabkan oleh kekuatan aura Bossku yang dicetuskan oleh DS Najib.

Dalam pemilihan UMNO yang baru lepas, menteri besar Pahang, Wan Rosdy, mendapat undi terbanyak dalam saingan kerusi naib presiden UMNO.

Sebelum itu, Wan Rosdy bukanlah pemimpin yang popular di kalangan akar umbi UMNO di seluruh Malaysia.

Tetapi dengan ‘restu’ DS Najib, dengan tidak disangka, beliau mendapat undi terbanyak.



Ini satu lagi dalil yang menunjukkan kekauatan pengaruh DS Najib pada akar umbi UMNO tidak boleh dipandang remeh.

Adakah Menteri UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan Merestui Keadilan Untuk DS Najib Di Nafikan?

Dalam kerajaan yang memerintah sekarang, UMNO mempunyai Timbalan Perdana Menteri, iaitu DS Zahid sendiri.

UMNO juga mempunyai Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, iaitu Azalina Othman Said.

UMNO juga mempunyai Timbalan Menteri Dalam Negeri, iaitu Shamsul Anwar Nasarah.

Apakah mereka ini hanya terus membisu dengan kezaliman dan penganiayaan DS Najib?

Tidakkah mereka sedar, tanpa DS Najib bersama UMNO ketika menghadapi pilihanraya, UMNO telah mengalami kekalahan yang teruk dalam PRU15 lepas?

Dengan kezaliman dan penganiayaan ke atas DS Najib yang mereka ‘restui’, UMNO pasti akan menghadapi kesukaran untuk menghadapi pilihanraya negeri.

Inilah yang dikehendaki oleh Perikatan Nasional dan mereka bersama-sama membantu.

Penulis masih ingat kata-kata DS Zahid semasa perhimpunan solidariti untuk DS Najib.

Di hadapan akar umbi UMNO, DS Zahid berjanji akan melakukan apa sahaja untuk memberikan keadilan kepada DS Najib.

Dengan keputusan mahkamah hari ini, apakah keadilan sudah diberikan kepada DS Najib?

Ingat, antara faktor kenapa UMNO ditolak dalam PRU 15 adalah kerana rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan.

Bagi rakyat, pemimpin UMNO hanya membisu apabila bekas pemimpin mereka dizalimi sedangkan mereka berada di puncak kuasa.

Akar umbi UMNO dan rakyat sedang memerhati.

Akan tiba masanya nanti mereka akan bersuara.

 

Tanpa Najib UMNO Melemah Di Bawah Zahid

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button