Hari Penentuan Integriti Dan Kebebasan Sebenar Badan Kehakiman Sudah Tiba

Hari Penentuan Integriti Dan Kebebasan Sebenar Badan Kehakiman Sudah Tiba

Hari Penentuan Integriti Dan Kebebasan Sebenar Badan Kehakiman Sudah Tiba

Hari yang ditunggukan oleh pengamal undang-undang di seluruh dunia sudah tiba.

Mereka akan melihat secara teliti bagaimana Mahkamah Persekutuan menangani isu konflik kepentingan melibatkan dua hakim yang mengetuai bicara dan rayuan rasuah SRC International DS Najib.



5 panel hakim Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada mahkamah akan menyemak keputusan yang mengesahkan sabitan DS Najib dan hukuman dalam kes rasuah SRC International.

DS Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi oleh Hakim Nazlan Ghazali.

Perbicaraan melibatkan 7 pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC.

Pada 28 Jul 2020, Nazlan mendapati Najib bersalah dan menjatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.



Sabitan dan hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, pada 8 Disember 2021.

Keputusan sama dibuat panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan.

Ianya dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Benarkah Nazlan Berlaku Adil Dan Tiada Konflik Kepentingan?

 



Peguambela berhujah DS Najib layak mendapat semakan kerana mengambil kira Nazlan tidak sepatutnya mendengar perbicaraan kes rasuah itu.

Antara hujahan yang difailkan adalah Nazlan menyembunyikan keterangan daripada pembelaan, menjurus pelanggaran keadilan yang teruk terhadap DS Najib.

Nazlan berdepan konflik kepentingan serius berhubung tugasnya.

Ini adalah kerana sebelum ini beliau adalah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Maybank Berhad dan kumpulannya.



Dalam kedudukan itu Nazlan mempunyai pengetahuan melibatkan penubuhan dan infrastruktur serta tadbir urus syarikat SRC.

Secara peribadi Nazlan mengetahui dan menguruskan pinjaman 1MDB (syarikat induk kepada SRC).

Dan secara peribadi beliau mengetahui pinjaman RM140 juta diambil Putra Perdana Development Sdn Bhd, yang mana menjadi sumber RM42 juta.

Tindakan pendakwaan juga bertentangan dengan kepentingan keadilan.



Pihak pendakwaan mempunyai pengetahuan berhubung keterangan disebut dan tidak pernah cuba mengemukakannya dalam perbicaraan SRC.

Ini bertentangan dengan prinsip asas perbicaraan adil.

Di mana keterangan tersedia, sama ada memihak atau tidak, perlu diberikan kepada setiap pihak demi kepentingan keadilan.

Tindakan pendakwaan seperti mencadangkan mereka mengetahui berhubung konflik kepentingan dan cuba menyembunyikan dokumen (daripada pembelaan) yang sudah tersedia.



Menyembunyikan keterangan jelas ini membawa kepada pencemaran integriti (perbicaraan) mahkamah menjurus kesilapan dan ketidakadilan dalam keputusan.

Nazlan sendiri sengaja gagal mendedahkan peranan dan pembabitannya dalam Maybank Investment Bank.

Di mana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam menubuhkan SRC melalui Bina Fikir Sdn Bhd.

Bukti Penglibatan Nazlan Sangat Kukuh

Kumpulan Maybank menerima bayaran RM800,000 daripada 1MDB untuk perkhidmatan mereka.

Kedudukan Nazlan sebagai peguam am Maybank dan setiausaha syarikat Maybank bermaksud beliau mempunyai pengetahuan sebenar atau konstruktif membabitkan pinjaman RM140 juta kepada Putra Perdana Development.

Afidavit sokongan DS Najib menunjukkan Nazlan mengambil bahagian dalam perbincangan dan membuat keputusan berkaitan kemudahan pinjaman RM4.17 bilion diberikan kepada 1MDB bagi perolehan Tanjong Energy.

Nazlan berpotensi menjadi saksi dalam kes terbabit.

Tindakan Nazlan yang tidak mendedahkan penglibatan dirinya telah menjejaskan perjalanan perbicaraan kes SRC.

Malah ia telah menghalang DS Najib daripada menggunakan haknya bagi mencabar sifat berat sebelahnya sebagai hakim bicara.

Terdapat kemungkinan Nazlan mungkin berat sebelah atau tidak bebas, yang mana ianya menjejaskan secara teruk hak DS Najib untuk mendapat perbicaraan adil.

DS Najib memfailkan permohonan rayuan menerusi peguamcaranya, pada 7 Jun tahun lalu.

Ia didengar selama 2 hari dan ditolak mahkamah atasan, pada 16 Ogos.

Dengan segala bukti yang kukuh, keputusan Mahkamah Persekutuan esok akan pasti menjadi tumpuan di seluruh dunia.

Keadilan bukan sahaja mesti ditegakkan, malah mesti dilihat ditegakkan.

 

Hari Penentuan Integriti Dan Kebebasan Sebenar Badan Kehakiman Sudah Tiba

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button