Cukai cecair vape berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.



Pengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang dalam proses untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.

Dr Zaliha bagaimanapun, memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan.



Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof Amrahi Buang menggesa kerajaan supaya menolak cadangan memberikan pengecualian kepada produk cecair atau gel nikotin daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading