Notis palsu kononnya arah Polis kehadiran suspek

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang notis kononnya mengarahkan kehadiran individu disyaki terbabit kes jenayah, penyeludupan dadah atau penggelapan wang, sebagaimana tular dalam media sosial.

Notis palsu itu menggunakan nama Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, dan ia dipercayai untuk kegiatan penipuan dalam talian oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mohd Shuhaily dalam satu kenyataan, semalam, menasihati mana-mana individu yang menerima notis palsu itu supaya membuat laporan polis di balai berhampiran.



“Polis juga memberi amaran bahawa tindakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) boleh dikenakan terhadap individu yang melakukan penipuan dan secara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan dan denda,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button