Netizen Terharu Tengok Anak Lelaki Payung Ibu Sedang Solat Dalam Hujan

Tular di media sosial TikTok, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sanggup kebasahan demi ‘payungkan’ ibunya sedang solat.

Ikut setiap gerakan ibu

Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memayungkan ibunya yang sedang solat di perkarangan luar masjid dalam keadaan hujan lebat.

Kanak-kanak yang memakai pakaian berwarna hitam dengan payung berwarna merah itu dilihat mengikuti setiap pergerakan solat ibunya walaupun diri sendiri basah kuyup.



Menurut info, difahamkan kanak-kanak tersebut dan ibunya adalah antara jemaah yang menunaikan solat di salah sebuah masjid di Kalimantan Selatan, Indonesia.

Netizen puji

 

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet tersentuh dengan sifat mulia yang ditonjolkan oleh kanak-kanak itu yang berkemungkinan tidak mahu ibunya jatuh sakit.



Tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah memperoleh sebanyak 12.8 juta tontonan dan 2.4 juta tanda suka setakat ini.

 

 

Watch on TikTok



 

 

Sumber: TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button