Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang

Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang

Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang
TIM Letts (kiri) menderma sebelah buah pinggang kepada penumpangnya, Bill Sumiel. – AGENSI

WASHINGTON: Bukan semua insan sanggup berkorban menderma organ mereka kepada individu terutamanya yang tiada pertalian darah.

Namun, berbeza bagi pemandu Uber, Tim Letts, 33, yang sanggup memberi sebelah buah pinggang sendiri kepada seorang penumpangnya yang hanya dikenali beberapa minit ketika dalam perjalanan.

Lapor Times Now, kisah menyentuh hati antara Tim dan penumpangnya bernama Bill Sumiel menjadi tular selepas dikongsi oleh Good News Movement di laman Instagram.



Tim bertemu dengan pesakit buah pinggang itu ketika menghantarnya ke sebuah pusat dialisis di Newark, Delaware.

“Dalam perjalanan ke pusat dialisis, Tim dan Bill berbual pelbagai perkara termasuk masalah kesihatan dialami penumpang itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Rakyat masih menanti tindakan atas suami Zeti



“Selepas tiba di kemudahan itu, Tim memberitahu dia berhasrat mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada Bill bagi membolehkannya kembali sihat dan dapat meneruskan hidup secara normal.

Menurut hantaran itu, doktor mengesahkan buah pinggang Tim sesuai dengan Bill dan akhirnya mereka menjalani pembedahan pemindahan organ tersebut.

“Setahun selepas pembedahan itu, kesihatan Bill bertambah baik dan dia menjalani rawatan di pusat pemulihan buah pinggang Universiti Delaware.

“Tim pula kini menetap di Jerman dan mereka masih kekal berhubung antara satu sama lain.

“Malah, Bill menganggap Tim sebagai rakan baik yang menyelamatkan nyawanya” jelas hantaran itu.



Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit

Pemandu Uber derma buah pinggang kepada penumpang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading