Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit

Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit

Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit
OLIVER Kaplan. – AGENSI

LONDON: Seorang penumpang Uber di United Kingdom (UK) terkejut selepas dikenakan bayaran sebanyak 35,000 pound (RM180,492) untuk perjalanan selama 15 minit, hanya kerana pemandu e-hailing tersilap menetapkan lokasi di sebuah bandar di Australia.

Lapor Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under-Lyne hanya mencecah sebanyak 10 pound (RM51.57).

Kaplan menempah perkhidmatan e-hailing itu untuk ke lokasi sejauh 6.43 kilometer (km) itu, bagi bertemu dengan kawan-kawannya.



Lelaki itu menaiki kereta Uber dari lokasi Buxton Inn, Hyde di Greater Manchester dan diturunkan di Witchwood, sebuah pub di Ashton-under-Lyne.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Kaplan terkejut selepas mendapati syarikat Uber mengenakan bayaran sebanyak 35,427.97 pound (RM182,700) daripada akaun banknya.

Kaplan segera menghubungi bahagian perkhidmatan pelanggan Uber untuk membuat aduan mengenai bayaran melampau yang dikenakan terhadapnya.

“Pada mulanya mereka buntu mendengar bayaran dikenakan itu tetapi selepas menyiasat mereka mendapati lokasi ditetapkan itu adalah salah.



“Entah bagaimana lokasi itu ditetapkan ke sebuah bandar di Australia dan bukannya Manchester.

“Uber kemudian melaraskan tambang kepada jumlah sebenar 10 pound (RM51.57) sebelum membuat pemotongan menerusi akaun bank,” katanya.

Bercuti ketika krisis, Boris Johnson di kritik



 

Penumpang Uber dicaj hampir RM180,00 bagi perjalanan 15 minit

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :





Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button