Apa guna jadi ‘Poster Boy’ PRU15?

Jika hanya boleh berlegar dalam kawasan sendiri

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Apa guna jadi 'Poster Boy' PRU15?

Setiap kali berlaku Pilihanraya Umum, ‘Poster Boy’ seakan perkara ‘wajib’ bagi setiap parti yang bertanding tampilkan.

Namun demikian, sedarkah semua, pihak Suruhanjaya PilihanRaya telah menetapkan mana-mana parti politik yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan gambar pemimpin utamanya.

Hanya foto Presiden dan Timbalan Presiden parti sahaja dibenarkan sebagai ‘Poster Boy’ di seluruh negara selain calon kawasan Parlimen/Dun berkenaan.



Justeru itu, untuk meletakkan Ismail Sabri sebagai ‘Poster Boy’ masih boleh dipertimbangkan tetapi poster hanya boleh berlegar dalam kawasan Parlimen Bera sahaja.

β€œBN adalah parti rakyat. β€˜Poster boy’ sebenar BN adalah rakyat.

β€œBN bukan mewakili sesiapa. BN adalah dari semua untuk semua,” –Β Zahid Hamidi – Umno Malaysia -6/2/2022

Kedudukan Ismail Sabri sebagai Naib Presiden Umno tidak membolehkan foto beliau dijadikan bahan kempen di luar Parlimen Bera dalam PRU15.

Peraturan ini tidak hanya terad kepada BN malah semua parti yang bertanding perlu mematuhi arahan SPR.Β 

Apa guna jadi 'Poster Boy' PRU15?

Timbul persoalan bagaimana pula ‘Poster Boy’ bagi Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional? Masing-masing adalah gabungan dan tidak mempunyai Presiden, hanya ada Pengerusi sahaja. Kekalutan ini bakal menimbulkan kekeliruan kepada semua pengundi jika tidak dijelaskan oleh SPR.



Sebagai contoh, Pakatan Harapan merupakan gabungan PKR, DAP, AMANAH dan masing-masing ada Presiden Parti. Jadi siapakah paling layak untuk diangkat sebagai ‘Poster Boy’ PH?

Begitu juga dengan Perikatan Nasional, ada PPBM, PAS, GERAKAN dan SAPP. Siapakah pula ‘Poster Boy’ untuk PN?Β 

Apa guna jadi 'Poster Boy' PRU15?

Belum lagi menyentuh mengenai Gerakan Tanah Air yang diterajui PEJUANG. Adakah Mahathir akan diletakkan sebagai ‘Poster Boy’?

Jika mereka bertanding dibawah satu lambang, maka Presiden dan Timbalan Presiden sahaja layak untuk dijadikan ‘Poster Boy’ untuk dijadikan bahan kempen seluruh negara.

Berbeza dengan Barisan Nasional di mana Presiden Umno merupakan Presiden BN. Sudah pasti tidak menjadi masalah kepada BN untuk menyediakan bahan kempen PRU15.

Apa pula pandangan pembaca? Berikan respon anda serta pandangan anda mengenai politik Malaysia hari ini.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker