Pelajar universiti ‘tertawan’ dengan Love Scam

Pelajar universiti ‘tertawan’ dengan Love Scam

Pelajar universiti 'tertawan' dengan Love Scam
Pelajar wanita tertipu dengan Love Scam. – Foto hiasan

KOTA KINABALU: Seorang penuntut wanita universiti tempatan di sini, kerugian hampir RM50,000 diperdaya sindiket Love Scam, selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi Telegram.

Kejadian bermula pada 5 Februari lalu, apabila mangsa berusia 19 tahun berinteraksi dalam Telegram, sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp sehingga menjadi kawan rapat.

Selepas itu, lelaki terbabit meminta bantuan kewangan daripada mangsa dengan alasan untuk membeli Skin Hero Mobile Legend dan penuntut itu mengirimkan wang kepada lelaki terbabit secara berperingkat ke dalam lima akaun berbeza.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata mangsa berasa tertipu apabila lelaki terbabit tidak memulangkan wang yang dipinjam, malah masih meminta wang.

Katanya, penuntut itu membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kes penipuan scammer yang sudah banyak dihebahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.



SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

Pelajar universiti ‘tertawan’ dengan Love Scam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button