Wan Rosdy zahir sokongan buat ‘Bossku’

Kuantan : Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy, melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak  untuk diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhir berhubung kes SRC

“Sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, saya akur dengan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Dato Sri Najib.” katanya dalam posting di facebook beliau.
Selain itu Wan Rosdy melihat masih ada ruang perundangan bagi membolehkan Dato’ Sri Najib mendapat pembelaan sewajarnya.
“Malah, saya juga akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Sri Najib walau dalam apa jua keadaan.” tambahan beliau.

Jumaat lalu, Najib gagal dalam usaha terakhirnya untuk mendapatkan semakan terhadap sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Dengan keputusan kelmarin, Najib akan terus menjalani baki hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang.



Wan Rosdy memohon agar semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO dapat bersabar dan bertenang serta teruskan berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada Dato’ Sri Najib untuk menghadapi dugaan yang besar ini, tambahan beliau.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading