RCI terhadap Ketua Hakim mampu pastikan Badan Kehakiman tidak sembunyi salah laku puak sendiri.

Oleh Adam Malik

“Kerajaan diminta supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat hakim-hakim yang terlibat dalam kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 Ketua Pemuda UMNO Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, penubuhan RCI itu penting bagi membolehkan Najib diberi keadilan yang lebih telus”



Semalam Ketua Pemuda UMNO Pekan telah membuat saranan supaya kerajaan menubuhkan satu SurhanJaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat hakim-hakim yang terlibat dengan kes SRC .

Ini kerana terlalu kelihatan seolah olah Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat keadilan didalam kes nya.

Terlalu jelas begitu banyak kepincangan telah berlaku didalam pengurusan kes DSNR.

Tanpa belajar undang-undang pun Nampak begitu tidak masuk akal kepada banyak keputusan dibuat, dan paling ketara keputusan sudah boleh diteka oleh orang setaraf duduk kedai kopi sahaja.



Berlindung dibelakang Akta Menghina Mahkamah bukan satu lesen untuk membuat sesuka hati kepada orang kena tuduh.

Paling malang rakyat dibodohkan dengan perbuatan salah laku hakim dengan konon nya jika di siasat ia melanggar “Separation of Powers” (Pengasingan kuasa).

Apa pula kaitan seorang hakim ada kesalahan rasuah atau kesalahan menipu mahkamah dengan “separation of powers” masih belum dapat ditelan oleh rakyat Malaysia.



Ada kah ia sekadar helah untuk mengelak hakim dari didakwa walaupun ada kesalahan?

Maka saranan Ketua Pemuda UMNO Pekan harus disahut oleh pejuang keadilan yang ada didalam negara.

Badan Kehakiman sejak kebelakangan ini menjadi cemuhan masyarakat sejak kes DSNR berlangsung.

Selain itu perlantikan tidak ikut prosidur JAC juga menjadi pengetahuan umum.



Kepercayaan masyarakat terhadap Badan Kehakiman ini telah tiris dan berada ‘at its lowest”.

Hakim hakim yang sepatut nya berdiri di tengah tengah dalam mengadili kes DSNR sudah terlalu jelas dilihat berpihak dan mempamer kebencian peribadi terhadap DSNR.

 

Ini bukan tuduhan sebalik nya itu lah yang dilihat dari kaca mata rakyat.



Lebih parah apabila kalangan hakim sendiri ada salah laku, bersungguh sungguh pula Ketua Hakim cuba mempertahan kan nya seolah olah cuba halang didakwa kerana hakim hakim lain juga ada terbabit didalam salah laku.

Ia umpama menghalang terjadi ‘floodgate’ untuk kes kes lain berkenaan hakim dari dibuka.

Itu lah pendapat dan andaian banyak pihak.



Tugas utama Ketua Hakim sepatut nya memastikan keadilan wujud dan bukan berpolitik seperti ini.

Lafaz sumpah jawatan melaksana tanggung jawab sudah dilakukan, maka supaya tidak dilaknati maka seharus tugas  dilakukan dengan jujur.

Jika ada salah laku , biar lah ia disiasat, dan bukan berpolitik mempertahankan puak sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button